~PuiSi tENTang KisAH iMPianKu~























ku lihat awan mendung di kaki langit..
tirai cermin diturunkan...
takut juga ku rasakan...
mahu hujan kah???
hampir 3 minggu disini,
inilah pertama kali aku melihat hujan di menara ini..
takut juga dengan guruh dan kilat yang xhenti2 menunjukkan hebat..
seketika lagi kupandang cermin yang juga dinding menara ini,
kabus.
gelap.

lebat benar di luar sana..
bunyi papan kekunci ditekan oleh para pekerja,
seperti alunan muzik diselang selikan oleh dentuman guruh.
aku hanya memerhati..
indah kuasa Tuhan.
diberi manusia akal dan fikiran,
untuk mencipta sesuatu yang sehebat dan sekukuh ini.
menjadi cita-citaku sedari di sekolah,
melihat teguhnya kedua menara ini berdiri,
menyemarakkan lagi api cita-citaku untuk berada disini.
aku tidak sehebat mereka yang lain,
persembahan dan pelajaran ku biasa,
bukan 4 flat nadiku..
yang menjadikan ku berbeza adalah semangatku,
keinginanku untuk berada di sini yang melebihi segala.

terkadang ku terfikir akan segala mahuku,
semuanya Allah tunaikan,
namun cukupkah aku mengenang segalanya?
terkadang aku lalai dan lupa,
sedangkan Dia yang memberi segala.
Aku masih di kerusiku, memerhati lagi..
ini cita-cita ku,
ini impianku,

5 tahun lalu ketika aku di tingkatan 4,
aku sedang duduk di kerusi kelasku,
memandang petronas twin towers ini dari kejauhan,
memerhati dari jauh sebuah impianku.
kini,
5 tahun kemudian,
aku masih duduk di kerusiku,
cuma kini aku tidak lagi perlu memandang impianku dari jauh.

Aku kini salah satu darinya,

merealisasikan impianku dari dalam menara itu,
Allah...
terima kasih, syukur ku panjatkan padamu untuk semua ini.



=) for every happy moments i spent, alhamdulillah.

2 comments:



Cik Bee said...

best kan impian jd kenyataan..moga angan-angan, cita-cita dan impian yang lain akan turut tercapai lagi..(nt da tercapai, berpuitis lagikah anda?) hihi

NOOR MUNIRAH said...

pasti berpuitis sayang ku bee oi....... =) hahahahahhaha....
angan2 ehem2 tu harapnye tercapai juge laaa.....
ngehehehehhehe....
i lap u cik bee!!!

Post a Comment